Sabtu, 25 Jun 2022

VOLTAN NOMINAL
Voltan 1 Fasa & 3 Fasa
Standard MS IEC 60038:2006 – IEC Standard


Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk menetapkan pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC Standard voltage sebagai voltan nominal bagi system bekalan Voltan rendah yang baru di Malaysia iaitu 230V untuk satu (1) fasa dan 400V untuk tiga(3) fasa pada julat +10% & -6%, frekuensi 50Hz +-1%. Ianya menggantikan voltan bekalan sediaada iaitu 240V ( 1 fasa) dan 415V (3 fasa) dengan julat +5% dan -10%.

 Pengiraan +10% & -6%

 a.  Voltan 1 Fasa +10%

+10%  = 230 V X (10 / 100)

+10%  = 230 V X 0.1

+10%  = 23 V

>  Ini bermakna Voltan tertinggi +10% yang masih diterima adalah 230V + 23 V = 253 V

 b. Voltan 1 Fasa -6%

-6%  = 230 V X (6 / 100)

-6%  = 230 V X 0.06

-6%  = 13.8 V

> Ini bermakna Voltan terendah -6% yang masih diterima adalah 230V - 13.8 V = 216.2 V

Nilai %+-Voltan :
1. Sistem 6.6KV,11KV, 22KV, 33KV   +5% & -5%
2. Sistem 132KV & 275KV                  +10% & -5%
3. Sistem 500KV                                   +5% & -5%