Sabtu, 25 Jun 2022

VOLTAN NOMINAL
Voltan 1 Fasa & 3 Fasa
Standard MS IEC 60038:2006 – IEC Standard


Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk menetapkan pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC Standard voltage sebagai voltan nominal bagi system bekalan Voltan rendah yang baru di Malaysia iaitu 230V untuk satu (1) fasa dan 400V untuk tiga(3) fasa pada julat +10% & -6%, frekuensi 50Hz +-1%. Ianya menggantikan voltan bekalan sediaada iaitu 240V ( 1 fasa) dan 415V (3 fasa) dengan julat +5% dan -10%.

 Pengiraan +10% & -6%

 a.  Voltan 1 Fasa +10%

+10%  = 230 V X (10 / 100)

+10%  = 230 V X 0.1

+10%  = 23 V

>  Ini bermakna Voltan tertinggi +10% yang masih diterima adalah 230V + 23 V = 253 V

 b. Voltan 1 Fasa -6%

-6%  = 230 V X (6 / 100)

-6%  = 230 V X 0.06

-6%  = 13.8 V

> Ini bermakna Voltan terendah -6% yang masih diterima adalah 230V - 13.8 V = 216.2 V

Nilai %+-Voltan :
1. Sistem 6.6KV,11KV, 22KV, 33KV   +5% & -5%
2. Sistem 132KV & 275KV                  +10% & -5%
3. Sistem 500KV                                   +5% & -5%

Rabu, 21 Februari 2018

Substation Categories, Type & Design

Sub-station categories

Transmission Main Intake (Pencawang Masuk Utama-PMU)
View from the front of PMU Unggun,Sepanggar Kota Kinabalu

Transmission Main Intake is the interconnection point of 132kV or 275kV to the distribution 
network. The standard transmission capacity and voltage transformation provided at the 
PMU are as follows:-

- 132/33kV, 2 x 90 MVA
- 132 /22kV, 2 x 60 MVA
- 132 /11 kV, 2 x 30 MVA



Main Distribution Sub-station (Pencawang Pembahagian Utama- PPU)

View from the Side of PPU UMS ,Kota Kinabalu.


Main Distribution Sub-station is normally applicable to 33kV for interconnecting 33kV networks
with 11 kV networks. It provides capacity injection into 11 kV network through a standardized 
transformation of 33/11 kV. 

Main Switching Station (Stesyen Suis Utama- SSU)

View Of SSU Karamunsing,Kota Kinabalu


SSU at 33kV, 22kV and 11 kV are established to serve the following 
function:-
1. To supply a dedicated bulk consumer ( 33kV, 22kV, 11 kV)
2. To provide bulk capacity injection or transfer from a PMU/PPU to

   a load center for further localized distribution. 


Distribution Substation (Pencawang Elektrik – P/E)

Front View Of Distribution Substation P/E


Distribution sub-stations are capacity injection points from 11 kV, 22kV and sometimes 
33kV systems to the low voltage network (415V, 240V). Typical capacity ratings are 1000kVA,
750kVA, 500kVA and 300kVA.

Conventional substation designs are of indoor type (equipment housed in a permanent 
building) and out-door type (ground-mounted or pole-mounted). Standardized M & E 
design of 11/. 433kV sub-station is available at SESB offices. Compact substation 
(11 /. 415kV) has limited application and is to be strictly applied in selective situations 
under the following circumstances:-

  > System reinforcement projects for highly built-up areas where substation land is difficult
     to acquire.
  >Any request to use compact substation for dedicated supply to a single or limited group of

    low voltage consumers is subject to SESB approval in accordance to site constraints situation,
    and to be considered as ‘special feature design schemes’.

Selasa, 9 Mei 2017

PEMUTUS LITAR VOLTAN TINGGI


PEMUTUS LITAR VCB
Definisi
Pemutus litar dipasang pada sistem penghantaran voltan tinggi, ianya dipasang dalam sistem penghantaran di antara pengasing dan juga pengubah pada pencawang.


•Pemutus litar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan kerperluannya dalam sesebuah pencawang bergantung kepada keupayaan tenaga elektrik dalam julat kV yang hendak dihantar atau diagihkan di sesuatu kawasan. 
Definisi Kadaran 
Kadaran Voltan
•Kadaran Arus Biasa
•Kadaran Tahap Penebatan
•Kadaran Putusan Arus Litar Pintas
•Kadaran Putusan Keupayaan Litar Pintas
•Kadaran Tutup Semasa Litar Kerosakan
•Kadar Masa Arus Litar Pintas
•Kadar Frekuensi
•Voltan Pemulihan Transien

Kadaran Yang Dugunapakai Oleh TNB





Kategori Alat Suis




OIL LINK UNIT(OLU)/HIGH FUSE UNIT(HFU)

•Satu pengasing (isolator) yang boleh menyambung dan memutuskan bekalan 11kV secara manual sahaja
•Sebahagian daripada sistem gegelang sistem pembahagian 11kV
•Menggunakan minyak sebagai interrupting medium


•Tidak boleh membuka dan menutup jika terdapat litar pintas


PEMUTUS LITAR MINYAK(Oil Circuit Breaker)

•Pemutus Litar Jenis Minyak (OCB) mula dicipta dan dipatenkan oleh JN Kelman di Amerika pada awal 1900
•Minyak mempunyai kekuatan dielektrik yang sangat baik dan membolehkan arka yang wujud dalam pemutus litar terpadam sendiri
•Terbahagi kepada 2 jenis penggunaan iaitu
–Bulk Oil (Pukal)


–Low Oil (Minima)

PEMUTUS LITAR VACUUM (Vacuum Circuit Breaker)
•Vakum bermaksud tekanan dibawah atmosfera dimana ianya dibawah dari 760mm/Hg
•Biasanya berada pada paras 10-5  - 10-6  torr
1 torr = 1mm/Hg


•Vakum adalah 100 kali lebih baik kekuatan dielektrik berbanding medium lain





PEMUTUS LITAR SF6
Sulfur Hexa flouride
•Kadar dielektrik 24 kali lebih tinggi dari udara
•Sifat gas
–Tiada warna
–Tiada Bau
–Bukan Toksik
–Tidak terbakar
–Tidak Menghakis
•Kelebihan SF6
–Pengoperasian yang tidak bising
–Mengurangkan masalah kelembapan
–Boleh bertindak dalam suhu ambient


–Tiada karbon yang terhasil dari arching

PEMUTUS LITAR HRC
•High Rupture Capacity
•Binaan asas HRC terdiri daripada;
–Bekas luar seramik/kaca tahan panas
–Penutup tembaga dan dipateri dengan bahan pelakur


–Bahagian dalaman diisi dengan pasir quartza/silika
Kelebihan HRC Fius
–Murah berbanding pemutus litar lain yang mempunyai kapasiti pemutus yang sama
–Tiada senggaraan
–Keupayaan tidak menyusut
–Pengoperasian yang cepat dan boleh dipercayai
–Tidak mengalami pengoksidaan






PEMUTUS LITAR PENEBAT UDARA 
•Hanya udara sebagai medium penebatan
•Digunakan pada voltan yang sangat tinggi (132kV-500kV)
•Dilakukan pada Isolation Field dan tiada langsung benda hidupan sekitarnya


•Arka yang terjadi boleh dilihat dan hanya boleh dilakukan pada waktu udara kering sahaja


TRANSFORMER (ALATUBAH) - OIL TESTING

MENJALANKAN PENGUIIAN  DI MAKMAL
Minyak transformer adalah sejenis bendalir yang mana mungkin adalah jenis mineral atau silikon merupakan minyak penebat. Harga minyak ini adalah mahal. Dalam kegunaannya semula (reconditioned), selalunya minyak ini akan ditapis sehingga melepasi test-test yang tertentu sebelum digunakan semula, berbanding dari menukar kepada minyak yang baru. Kalau tak silap untuk menukar minyak yang baru harganya dalam bebelas ribu (harga sebutharga) dan memerlukan tenaga pakar dan kompeten. Hanya syarikat yang diberikan lesen Suruhanjaya Tenaga (ST) sahaja dibenarkan melakukan kerja-kerja penukaran minyak ini.

Oil Test Set (OTS) digunakan untuk menguji keadaan minyak transformer secara ringkas untuk mengetahui ketahanan minyak tersebut berbanding keadaan minyak baru. Sebagai contoh; jika transformer tersebut 11KV maka dielectric test yang perlu dilepasi oleh minyak tersebut mestilah sekurang-kurangnya sekali ganda iaitu 22KV (average) sebelum ia trip semasa test.



 
Gambar 1: Oil Test Set Megger OTS60PB

OTS hanya ujian yang simple sahaja, selain OTS cara lain adalah dengan mengambil sample dan menghantar ke makmal untuk melalui test yang lebih detail.

Transformer failure boleh jadi pada 2 keadaan, manufacture failure (first few years) dan insulation deterioration (long term failure).


Kenapa kita perlu test minyak transformer?

Minyak berlegar-legar di dalam transformer akan menyebabkan pengumpulan bendasing, menyerap air, kelembapan, menjadi berasid, oxidation, performance atau kualiti minyak berkurangan. Jadi, ujian terhadap minyak perlu dilakukan supaya kita boleh mengambil tindakan awal sebelum transformer tu meletup.

Dielectric test atau electric strength test bukanlah kriteria untuk ujian penebatan (insulation testing) pengilang tetapi boleh dijalankan untuk mengesan pencemaran di dalam minyak yang disebabkan oleh air dan bendasing.


Berpandukan IEC156 test; kriteria ujian adalah seperti berikut:

(1) 400ml vessel
(2) Spherical Electrodes
(3) 2.5mm gap
(4) Optional stirring
(5) 2kV/s ramp rate
(6) 6 tests
(7) Average value

Dalam ujian ini, alat penguji yang digunakan adalah jenama MEGGER model OTS60PB. Format ujian dijalankan 5-2-2-2-2 (5 minit rehat selepas test pertama dan 2 minit selepas test yang berikutnya). Setiap test, alat ujian akan inject voltage 2kV sesaat sehingga trip.



 
 Gambar 2: Pemasangan dielectric Spherical Electrodes

  
Gambar 3: Menentukan jarak Spherical Electrodes

 
Gambar 4: Pengukur jarak Spherical Electrodes

 
Gambar 5: Minyak dimasukkan ke dalam OTS


 
Gambar 6: Menu selection sebelum test dijalankan

 
 Gambar 7: Masa rehat sebelum inject voltage yang pertama

 
Gambar 8: Ketika inject voltage. 2kV sesaat.

 
Gambar 9: Test result yang keluar.

Keputusan ujian adalah seperti berikut:

Oil temp: 27 oC

Test 1: 18.9kV
Test 2: 23.4kV
Test 3: 31.3kV
Test 4: 22.6kV
Test 5: 25.5kV
Test 6: 23.0kV
Average voltage: 24.1kV

Kesimpulannya, minyak yang digunakan untuk transformer 11kV masih boleh digunakan sebab 24kV lebih dari sekali ganda.

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu, keadaan semasa mengendalikan alat mestilah bersih.

Kebanyakannya OTS lebih kurang sama sahaja cara pengoperasiannya. OTS yang diguna ini adalah model yang agak terkini, banyak feture yang membuatkan test jadi semakin senang nak buat.
PENGENALAN SISTEM PERLINDUNGAN

MASTER RELAY


Talian penghantaran dan peralatan-peralatan yang terdapat dalam pencawang terdedah kepada sebarang jenis kerosakan. Tujuan sistem perlindungan adalah untuk mengurangkan kerosakan kepada peralatan di samping mengasingkan kerosakan dari sistem dengan kadar yang segera. Selain itu, sistem perlindungan juga bertujuan memastikan sistem sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan stabil. Gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dapat diminimakan dengan adanya sistem perlindungan.

SEPAM MG RELAY

Apabila kerosakan gagal diasingkan dalam kadar/tempoh masa yang sepatutnya, ini akan menyebabkan:

1) sistem tidak stabil dan mendedahkan sistem kepada kerosakan yang lebih besar.
2) memendekkan jangka hayat peralatan
3) kualiti dan kebolehharapan sistem menurun
4) gangguan bekalan kepada pengguna samada gangguan bersifat sementara atau kekal (blackout) dan sebagainya.

Di antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan atau "fault" dalam sistem kuasa adalah seperti:

1) Arus lampau samada disebabkan oleh litar pintas (short circuit) atau arus melebihi kadar boleh bawa arus (current carrying capacity) sesuatu peralatan.
2) Kejadian alam dan bencara seperti kilat, banjir, ribut/angin kencang, kebakaran dan sebagainya.
3) gangguan / pencerobohan oleh binatang liar dan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
4) kecuaian oleh petugas dalam melakukan pengujian peralatan atau menatah/menkonfigurasikan litar/skima sistem perlindungan.
5) kemalangan seperti menara tumbang, sentuhan jentera berat, dan sebagainya.
6) disebabkan oleh jangka hayat atau kebolehoperasian peralatan yang berkurang dan banyak lagi kemungkinan punca-punca yang lain.

Isnin, 8 Mei 2017


SENGGARAAN PEPASANGAN ELEKTRIK
SENGGARAAN PEMUTUS LITAR GAS SF6
 PENGENALAN SENGGARAAN


Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan selain daripada pepasangan domestik,sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh Orang Kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima (5) tahun, atau bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Tujuan senggaraan adalah untuk:

i.memastikan jangka hayat peralatan dapat dipanjangkan;
ii.mengurangkan kos pembaikan atau operasi. Senggaraan yang berkesan akan mengurangkan gangguan bekalan akibat kerosakan; dan
iii.memastikan dan meningkatkan daya harap peralatan dan komponen sistem kuasa.

Kaedah Senggaraan
Penerangan Kaedah Senggaraan
JENIS-JENIS SENGGARAAN




PROSEDUR KESELAMATAN AM 


i.Pastikan kerja-kerja senggaraan dilaksanakan oleh atau dibawah kawalan Orang Kompeten.
ii.Pastikan pepasangan yang hendak disenggara telah dibuktikan mati mengikut prosedur.
iii.Arahan Bertulis (PTW) telah diperolehi mengikut keperluan
iv.Laksanakan ‘Tool Box Talk’ (Taklimat Kerja) sebelum kerja dijalankan.
v.Peralatan perlindungan diri (PPD) hendaklah digunakan mengikut keperluan sesuai, cermin mata keselamatan dan sebagainya
vi.Pastikan peralatan kerja dalam keadaan baik.
vii.Pastikan bahan berbahaya (racun, menghakis) dilabel dangan sempurna dan disimpan dengan baik.
viii.Bekas plastik digunakan untuk menyimpan benda-benda kecil seperti skru dan sebagainya.
ix.Pastikan kawasan berbahaya telah dihadang dengan sebaiknya contohnya menggunakan pita keselamatan.
x.Data dan maklumat senggaraan hendaklah direkod dengan sempurna dan disimpan dangan baik bagi tujuan rujukan masa hadapan.