Isnin, 8 Mei 2017


SENGGARAAN PEPASANGAN ELEKTRIK
SENGGARAAN PEMUTUS LITAR GAS SF6
 PENGENALAN SENGGARAAN


Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan selain daripada pepasangan domestik,sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh Orang Kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima (5) tahun, atau bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Tujuan senggaraan adalah untuk:

i.memastikan jangka hayat peralatan dapat dipanjangkan;
ii.mengurangkan kos pembaikan atau operasi. Senggaraan yang berkesan akan mengurangkan gangguan bekalan akibat kerosakan; dan
iii.memastikan dan meningkatkan daya harap peralatan dan komponen sistem kuasa.

Kaedah Senggaraan
Penerangan Kaedah Senggaraan
JENIS-JENIS SENGGARAAN




PROSEDUR KESELAMATAN AM 


i.Pastikan kerja-kerja senggaraan dilaksanakan oleh atau dibawah kawalan Orang Kompeten.
ii.Pastikan pepasangan yang hendak disenggara telah dibuktikan mati mengikut prosedur.
iii.Arahan Bertulis (PTW) telah diperolehi mengikut keperluan
iv.Laksanakan ‘Tool Box Talk’ (Taklimat Kerja) sebelum kerja dijalankan.
v.Peralatan perlindungan diri (PPD) hendaklah digunakan mengikut keperluan sesuai, cermin mata keselamatan dan sebagainya
vi.Pastikan peralatan kerja dalam keadaan baik.
vii.Pastikan bahan berbahaya (racun, menghakis) dilabel dangan sempurna dan disimpan dengan baik.
viii.Bekas plastik digunakan untuk menyimpan benda-benda kecil seperti skru dan sebagainya.
ix.Pastikan kawasan berbahaya telah dihadang dengan sebaiknya contohnya menggunakan pita keselamatan.
x.Data dan maklumat senggaraan hendaklah direkod dengan sempurna dan disimpan dangan baik bagi tujuan rujukan masa hadapan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan