Selasa, 9 Mei 2017

PEMUTUS LITAR VOLTAN TINGGI


PEMUTUS LITAR VCB
Definisi
Pemutus litar dipasang pada sistem penghantaran voltan tinggi, ianya dipasang dalam sistem penghantaran di antara pengasing dan juga pengubah pada pencawang.


•Pemutus litar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan kerperluannya dalam sesebuah pencawang bergantung kepada keupayaan tenaga elektrik dalam julat kV yang hendak dihantar atau diagihkan di sesuatu kawasan. 
Definisi Kadaran 
Kadaran Voltan
•Kadaran Arus Biasa
•Kadaran Tahap Penebatan
•Kadaran Putusan Arus Litar Pintas
•Kadaran Putusan Keupayaan Litar Pintas
•Kadaran Tutup Semasa Litar Kerosakan
•Kadar Masa Arus Litar Pintas
•Kadar Frekuensi
•Voltan Pemulihan Transien

Kadaran Yang Dugunapakai Oleh TNB





Kategori Alat Suis




OIL LINK UNIT(OLU)/HIGH FUSE UNIT(HFU)

•Satu pengasing (isolator) yang boleh menyambung dan memutuskan bekalan 11kV secara manual sahaja
•Sebahagian daripada sistem gegelang sistem pembahagian 11kV
•Menggunakan minyak sebagai interrupting medium


•Tidak boleh membuka dan menutup jika terdapat litar pintas


PEMUTUS LITAR MINYAK(Oil Circuit Breaker)

•Pemutus Litar Jenis Minyak (OCB) mula dicipta dan dipatenkan oleh JN Kelman di Amerika pada awal 1900
•Minyak mempunyai kekuatan dielektrik yang sangat baik dan membolehkan arka yang wujud dalam pemutus litar terpadam sendiri
•Terbahagi kepada 2 jenis penggunaan iaitu
–Bulk Oil (Pukal)


–Low Oil (Minima)

PEMUTUS LITAR VACUUM (Vacuum Circuit Breaker)
•Vakum bermaksud tekanan dibawah atmosfera dimana ianya dibawah dari 760mm/Hg
•Biasanya berada pada paras 10-5  - 10-6  torr
1 torr = 1mm/Hg


•Vakum adalah 100 kali lebih baik kekuatan dielektrik berbanding medium lain





PEMUTUS LITAR SF6
Sulfur Hexa flouride
•Kadar dielektrik 24 kali lebih tinggi dari udara
•Sifat gas
–Tiada warna
–Tiada Bau
–Bukan Toksik
–Tidak terbakar
–Tidak Menghakis
•Kelebihan SF6
–Pengoperasian yang tidak bising
–Mengurangkan masalah kelembapan
–Boleh bertindak dalam suhu ambient


–Tiada karbon yang terhasil dari arching

PEMUTUS LITAR HRC
•High Rupture Capacity
•Binaan asas HRC terdiri daripada;
–Bekas luar seramik/kaca tahan panas
–Penutup tembaga dan dipateri dengan bahan pelakur


–Bahagian dalaman diisi dengan pasir quartza/silika
Kelebihan HRC Fius
–Murah berbanding pemutus litar lain yang mempunyai kapasiti pemutus yang sama
–Tiada senggaraan
–Keupayaan tidak menyusut
–Pengoperasian yang cepat dan boleh dipercayai
–Tidak mengalami pengoksidaan






PEMUTUS LITAR PENEBAT UDARA 
•Hanya udara sebagai medium penebatan
•Digunakan pada voltan yang sangat tinggi (132kV-500kV)
•Dilakukan pada Isolation Field dan tiada langsung benda hidupan sekitarnya


•Arka yang terjadi boleh dilihat dan hanya boleh dilakukan pada waktu udara kering sahaja


TRANSFORMER (ALATUBAH) - OIL TESTING

MENJALANKAN PENGUIIAN  DI MAKMAL
Minyak transformer adalah sejenis bendalir yang mana mungkin adalah jenis mineral atau silikon merupakan minyak penebat. Harga minyak ini adalah mahal. Dalam kegunaannya semula (reconditioned), selalunya minyak ini akan ditapis sehingga melepasi test-test yang tertentu sebelum digunakan semula, berbanding dari menukar kepada minyak yang baru. Kalau tak silap untuk menukar minyak yang baru harganya dalam bebelas ribu (harga sebutharga) dan memerlukan tenaga pakar dan kompeten. Hanya syarikat yang diberikan lesen Suruhanjaya Tenaga (ST) sahaja dibenarkan melakukan kerja-kerja penukaran minyak ini.

Oil Test Set (OTS) digunakan untuk menguji keadaan minyak transformer secara ringkas untuk mengetahui ketahanan minyak tersebut berbanding keadaan minyak baru. Sebagai contoh; jika transformer tersebut 11KV maka dielectric test yang perlu dilepasi oleh minyak tersebut mestilah sekurang-kurangnya sekali ganda iaitu 22KV (average) sebelum ia trip semasa test.



 
Gambar 1: Oil Test Set Megger OTS60PB

OTS hanya ujian yang simple sahaja, selain OTS cara lain adalah dengan mengambil sample dan menghantar ke makmal untuk melalui test yang lebih detail.

Transformer failure boleh jadi pada 2 keadaan, manufacture failure (first few years) dan insulation deterioration (long term failure).


Kenapa kita perlu test minyak transformer?

Minyak berlegar-legar di dalam transformer akan menyebabkan pengumpulan bendasing, menyerap air, kelembapan, menjadi berasid, oxidation, performance atau kualiti minyak berkurangan. Jadi, ujian terhadap minyak perlu dilakukan supaya kita boleh mengambil tindakan awal sebelum transformer tu meletup.

Dielectric test atau electric strength test bukanlah kriteria untuk ujian penebatan (insulation testing) pengilang tetapi boleh dijalankan untuk mengesan pencemaran di dalam minyak yang disebabkan oleh air dan bendasing.


Berpandukan IEC156 test; kriteria ujian adalah seperti berikut:

(1) 400ml vessel
(2) Spherical Electrodes
(3) 2.5mm gap
(4) Optional stirring
(5) 2kV/s ramp rate
(6) 6 tests
(7) Average value

Dalam ujian ini, alat penguji yang digunakan adalah jenama MEGGER model OTS60PB. Format ujian dijalankan 5-2-2-2-2 (5 minit rehat selepas test pertama dan 2 minit selepas test yang berikutnya). Setiap test, alat ujian akan inject voltage 2kV sesaat sehingga trip.



 
 Gambar 2: Pemasangan dielectric Spherical Electrodes

  
Gambar 3: Menentukan jarak Spherical Electrodes

 
Gambar 4: Pengukur jarak Spherical Electrodes

 
Gambar 5: Minyak dimasukkan ke dalam OTS


 
Gambar 6: Menu selection sebelum test dijalankan

 
 Gambar 7: Masa rehat sebelum inject voltage yang pertama

 
Gambar 8: Ketika inject voltage. 2kV sesaat.

 
Gambar 9: Test result yang keluar.

Keputusan ujian adalah seperti berikut:

Oil temp: 27 oC

Test 1: 18.9kV
Test 2: 23.4kV
Test 3: 31.3kV
Test 4: 22.6kV
Test 5: 25.5kV
Test 6: 23.0kV
Average voltage: 24.1kV

Kesimpulannya, minyak yang digunakan untuk transformer 11kV masih boleh digunakan sebab 24kV lebih dari sekali ganda.

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu, keadaan semasa mengendalikan alat mestilah bersih.

Kebanyakannya OTS lebih kurang sama sahaja cara pengoperasiannya. OTS yang diguna ini adalah model yang agak terkini, banyak feture yang membuatkan test jadi semakin senang nak buat.
PENGENALAN SISTEM PERLINDUNGAN

MASTER RELAY


Talian penghantaran dan peralatan-peralatan yang terdapat dalam pencawang terdedah kepada sebarang jenis kerosakan. Tujuan sistem perlindungan adalah untuk mengurangkan kerosakan kepada peralatan di samping mengasingkan kerosakan dari sistem dengan kadar yang segera. Selain itu, sistem perlindungan juga bertujuan memastikan sistem sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan stabil. Gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dapat diminimakan dengan adanya sistem perlindungan.

SEPAM MG RELAY

Apabila kerosakan gagal diasingkan dalam kadar/tempoh masa yang sepatutnya, ini akan menyebabkan:

1) sistem tidak stabil dan mendedahkan sistem kepada kerosakan yang lebih besar.
2) memendekkan jangka hayat peralatan
3) kualiti dan kebolehharapan sistem menurun
4) gangguan bekalan kepada pengguna samada gangguan bersifat sementara atau kekal (blackout) dan sebagainya.

Di antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan atau "fault" dalam sistem kuasa adalah seperti:

1) Arus lampau samada disebabkan oleh litar pintas (short circuit) atau arus melebihi kadar boleh bawa arus (current carrying capacity) sesuatu peralatan.
2) Kejadian alam dan bencara seperti kilat, banjir, ribut/angin kencang, kebakaran dan sebagainya.
3) gangguan / pencerobohan oleh binatang liar dan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
4) kecuaian oleh petugas dalam melakukan pengujian peralatan atau menatah/menkonfigurasikan litar/skima sistem perlindungan.
5) kemalangan seperti menara tumbang, sentuhan jentera berat, dan sebagainya.
6) disebabkan oleh jangka hayat atau kebolehoperasian peralatan yang berkurang dan banyak lagi kemungkinan punca-punca yang lain.

Isnin, 8 Mei 2017


SENGGARAAN PEPASANGAN ELEKTRIK
SENGGARAAN PEMUTUS LITAR GAS SF6
 PENGENALAN SENGGARAAN


Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan selain daripada pepasangan domestik,sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh Orang Kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima (5) tahun, atau bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Tujuan senggaraan adalah untuk:

i.memastikan jangka hayat peralatan dapat dipanjangkan;
ii.mengurangkan kos pembaikan atau operasi. Senggaraan yang berkesan akan mengurangkan gangguan bekalan akibat kerosakan; dan
iii.memastikan dan meningkatkan daya harap peralatan dan komponen sistem kuasa.

Kaedah Senggaraan
Penerangan Kaedah Senggaraan
JENIS-JENIS SENGGARAAN




PROSEDUR KESELAMATAN AM 


i.Pastikan kerja-kerja senggaraan dilaksanakan oleh atau dibawah kawalan Orang Kompeten.
ii.Pastikan pepasangan yang hendak disenggara telah dibuktikan mati mengikut prosedur.
iii.Arahan Bertulis (PTW) telah diperolehi mengikut keperluan
iv.Laksanakan ‘Tool Box Talk’ (Taklimat Kerja) sebelum kerja dijalankan.
v.Peralatan perlindungan diri (PPD) hendaklah digunakan mengikut keperluan sesuai, cermin mata keselamatan dan sebagainya
vi.Pastikan peralatan kerja dalam keadaan baik.
vii.Pastikan bahan berbahaya (racun, menghakis) dilabel dangan sempurna dan disimpan dengan baik.
viii.Bekas plastik digunakan untuk menyimpan benda-benda kecil seperti skru dan sebagainya.
ix.Pastikan kawasan berbahaya telah dihadang dengan sebaiknya contohnya menggunakan pita keselamatan.
x.Data dan maklumat senggaraan hendaklah direkod dengan sempurna dan disimpan dangan baik bagi tujuan rujukan masa hadapan.









Rabu, 3 Mei 2017


PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
MENGUJI PERANTI PERLINDUNGAN PEPASANGAN

SKOP TUGASAN

Mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan
kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit to Work) kepada orang yang bekerja di bawah kawalannya.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

(Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

1. Seorang warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang daripada 20 tahun
3. Kelayakan pendidikan minimum yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima
4. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
5. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan
6. Memahami penggunaan pelbagai jenis kelengkapan yang kemungkinan berada di bawah penjagaannya dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memasang dan mengendalikannya tanpa bahaya
7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik dan
8. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya.

SUKATAN PELAJARAN

Sekatan AO ( Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa dan Talian Atas)

1. Perkara – perkara yang Berkaitan:-
     a. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
     b. Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya.
     c. Standard MS IEC 60364:2003 Electrical Installations of Building.
     d. MS 1979:2007 Electrical Installations of Building – Code of Practice.
     e. MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364.
     f. Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.

2. Sistem Pencegah Kebakaran
     a. Pemilihan dan kendalian alat pemadam kebakaran mudahalih (portable fire extinguisher).
     b. Sistem gas halon dan sprinkler.
     c. Sistem penggera.

3. Alat-alat Perlindungan dalam Pepasangan Voltan Rendah
     a. Semua jenis pemutus litar (ACB, OCB, MCCB, MCB, ELCB, etc.).
     b. Suis-suis keselamatan.
     c. Semua jenis fius-fius boleh didawai semula, HRC, time lag fuse, dan sebagainya.
     d. Oil dash pot.
     e. Pembumian.

4. Elektrik Asas
     a. Angkadar / faktor kuasa (p.f):
         i. Definisi dan perkiraan angkadar kuasa.
        ii. Kesan-kesan faktor kuasa yang rendah.
        iii. Kadaran pemuat (capacitor rating) bagi pembetulan faktor kuasa.
     b. Voltan.
     c. Arus (litar arus terus dan litar arus ulangalik).
     d. Kuasa (kW, kVA, kVAR).
     e. Perintang.
     f. Pemuat (capacitor).
     g. Gelung (Inductor).
     h. Asas kemagnetan.

5. Pengubah (Transformer)
     a. Binaan, jenis, kegunaan, perbezaan antara pengubah jenis lain.
     b. Fungsi bahagian-bahagian penting dalam pengubah.
     c. Overhauling.
     d. Pengujian (testing) dan mula tugas (commissioning).

6. Kabel
     a. Pemilihan kabel:
         - Jenis, saiz, keupayaan membawa arus, susutan voltan.
     b. Penyambungan dan tamatan (joints and terminations).
     c. Kerosakan-kerosakan pada kabel dan penganalisaan kerosakan.
     d. Penggunaan alat-alat mengesan kerosakan pada kabel.

7. Kabel Bawah Tanah
     a. Jenis-jenis kabel, saiz, keupayaan membawa arus, penggalian, cara merentang dan menanam kabel                (excavation and cable laying) bagi berbagai situasi.
     b. Penyambungan kabel (cable jointing), penentuan fasa (phasing) dan tamatan (termination).
     c. Perkakas kawalan (associated control gears), peti pembekal papan agihan (feeder pillar distribution              board).
     d. Pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan.

8. Motor dan Alat Kawalan
     a. Jenis-jenis motor, kegunaan, perbezaan dan cara gerak tugas.
     b. Penyelenggaraan, mengesan kerosakkan dan pembaikan.
     c. Penghidup termasuk ciri-ciri perlindungan.

9. Bateri
     a. Prinsip kerja.
     b. Jenis, saiz, penyelenggaraan dan sistem cas.

10. Alatukur dan Alatuji
     a. Pengenalan dan penggunaan berbagai jenis alatukur dan alatuji

11. Pendingin Udara
     a. Jenis-jenis pendingin udara
     b. Komponen-komponen pendingin udara
     c. Kendalian dan senggaraan

12. Pemeriksaan bagi Peralatan Papan Suis Utama
     a. Sistem pembumian, OCB, papan suis, switching tripping equipment, pengasing, relay and pilot wiring,            dan sebagainya.

13. Pepasangan Pengguna (Consumer Installation)
     a. Reka bentuk dan jenis-jenis pendawaian bagi pepasangan pengguna.
     b. Pembumian.
     c. Pengujian pepasangan (ujian-ujian turutan).
     d. Pepasangan lampu neon.

14. Lampu Jalan
     a. Pemasangan dan penyelenggaraan.

Sekatan A1 ( Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa)

1. Semua Sukatan Pelajaran bagi AO Termasuk Sistem Talian Atas.

2. Talian Atas:
    a. Jenis-jenis tiang (poles) dan pembinaan dawai umbang (stay).
    b. Jenis-jenis kabel, saiz dan keupayaan membawa arus.
    c. Pemasangan talian meliputi meregang (tensioning), melendut (sagging), dan had kelegaan (clearance).
    d. Peralatan talian atas seperti pole fuses, penangkap kilat (lightning arrestors), pendakap D (D bracket).
    e. Pemasangan dan penyelenggaraan peralatan talian atas dan lain-lain seperti peti pembekal (feeder                 pillars) dan papan agihan.
     f. Pembumian.
     g. Span length dan kedudukan tiang.
     h. Lampu jalan.
      i. Langkah-langkah keselamatan ketika bekerja.

Sekatan A4-2 (Sistem VR Tanpa Talian Atas dan Penyegerakkan (Synchronizing) Janakuasa)

1. Semua Sukatan Pelajaran bagi Sekatan AO
2. Stesen Janakuasa :
    a. Penjanaan voltan rendah.
    b. Perkakas suis (Switchgears) voltan rendah.
    c. Low Voltage Diesel generator.
    d. Pengujian, penyelenggaraan dan troubleshooting Automatic Voltage Regulator (AVR).

Sekatan A4-1 (Sistem VR Tanpa Penyegerakkan (Synchronizing) Janakuasa)

1. Semua Sukatan Pelajaran bagi Sekatan A0 dan A1
2. Stesen Janakuasa:
    a. Penjanaan voltan rendah.
    b. Perkakasuis (switchgears) voltan rendah.
    c. Low Voltage Diesel generator.
    d. Pengujian, penyelenggaraan dan troubleshooting Automatic Voltage Regulator (AVR).

Sekatan A4 ( Sistem VR )

1. Semua Sukatan Pelajaran bagi Sekatan A0, A1 dan A4-1.
2. Penyegerakkan (Synchronizing) Janakuasa:
    a. Tujuan penyegerakkan.
    b. Faktor-faktor yang berkaitan dengan proses penyegerakkan.
    c. Cara penyegerakkan dijalankan (secara teori dan praktikal).

Sekatan BO-2 (Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT, Talian Atas VT, Janakuasa Segerak VR dan Talian Atas VR)

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4-2.
2. Sistem Voltan Tinggi (sehingga 11 kV atau 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan         AO.

Sekatan BO-1 (Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT, Talian Atas VT dan Janakuasa Segerak VR)

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4-1.
2. Sistem Voltan Tinggi (sehingga 11 kV atau 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan         AO.

Sekatan BO ( Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT dan Talian Atas VT)

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4.
2. Sistem Voltan Tinggi (sehingga 11 kV atau 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan         AO.

Sekatan B1 ( Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT)

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4.
2. Sistem Voltan Tinggi (sehingga 11 kV atau 33kV) bagi semua perkara dalam sukatanpelajaran sekatan         A1.

Sekatan B4 (Sistem VT)

1. Semua sukatan pelajaran bagi sekatan A4.
2. Sistem Voltan Tinggi (sehingga 11 kV atau 33kV) bagi semua perkara dalam sukatan pelajaran sekatan         A4.

PERMOHONAN PEPERIKSAAN

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah menggunakan borang ST(PE)1 Pind. 4/2007 dan dikemukakan ke pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga atau institusi bertauliah.

FI PEPERIKSAAN 
Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera – RM 100.00

PROSEDUR PEPERIKSAAN

1. Bahagian Peperiksaan:
    a. Teori;
    b. Amali; dan
    c. Lisan.
*Calon-calon dikehendaki lulus ke tiga-tiga bahagian peperiksaan bagi dianugerahkan
  perakuan kekompetenan tersebut.

2. Kebenaran Mengulang Peperiksaan:
    a. Calon-calon yang gagal dalam mana-mana bahagian peperiksaan (amali dan lisan) akan diberi                             kebenaran untuk mengulang peperiksaan tersebut.
    b. Contoh mengulang peperiksaan


PEMERIKSAAN JANAKUASA